Monday, May 24, 2010

Titisan Air Mata

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Pelakon Norman Hakim menitiskan air mata dan terpaksa mengambil masa untuk menenangkan perasaan sebelum mampu melafazkan cerai terhadap isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.

Norman, 32, dilihat terdiam seketika menahan sebak sambil menundukkan kepala dan mengesat air mata dengan sehelai sapu tangan sebelum cuba ditenteramkan oleh seorang pembantu mahkamah serta peguam syarie mewakili Abby, Ahmad Nazib Johari.

Melihatkan keadaan Norman itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menangguhkan sebentar prosiding sebelum menyambung semula 40 minit kemudian.

Sejurus prosiding bersambung semula pada 11.15 pagi, Norman yang sebelum itu duduk bersendirian di galeri awam untuk menenangkan perasaannya, berdiri dan melafazkan: ”Bahawa saya, Mohamed Norhakim Zaidon dengan suci hati menceraikan isteri saya, Arbaeyah Abdul Manan dengan talak satu.”

Wan Mahyuddin kemudian mensabitkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 dengan talak satu.

”Kedua-dua pihak pernah bercerai satu kali talak dan ini talak kedua, talak rajie. Mahkamah berpuas hati dengan lafaz talak itu dibuat di mahkamah pada pukul 11.20 pagi adalah mengikut hukum syarak,” katanya.

Beliau dengan itu memerintahkan supaya surat perakuan rujuk pasangan tersebut sebelum ini dibatalkan dan perintah penceraian hari ini didaftarkan.

Abby, 31, yang berbaju kurung putih gading berbunga biru dan tudung merah jambu turut diperintahkan oleh hakim syarie tersebut supaya beridah tiga kali suci mulai hari ini.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Januari 2002 dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, tiga bulan.

Mereka pernah bercerai pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Hawa dapat cerai - Utusan Malaysia 19 Nov 2008

Nov 19th, 2008

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Setelah empat tahun ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah akhirnya penyanyi, Wan Salmiah Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Hawa, hari ini berjaya menuntut cerai secara fasakh.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini membenarkan permohonan Hawa, 29, untuk bercerai secara fasakh selepas mendengar penyanyi itu melafazkan sumpah istizhar untuk menyakinkan mahkamah atas dakwaan terhadap defendan.

Sepanjang prosiding kes itu berlangsung, suaminya, Izzat Datuk Abdul Malek, 42, selaku defendan tidak pernah hadir ke mahkamah. Hawa diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Terdahulunya, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad dalam penghakimannya berkata, alasan Hawa untuk bercerai secara fasakh disebabkan defendan sering menyakiti fizikal dan mentalnya di samping tidak memberi nafkah.

Defendan juga telah berpoligami tanpa kebenaran dan mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan keduanya.

Di samping itu, mereka juga acap kali bergaduh.

Mahkamah bagaimanapun berpendapat, tindakan defendan meninggalkan plaintif sejak 1 Januari 2004 ternyata menyusahkan Hawa dan anaknya.

“Sesungguhnya perbuatan defendan ini mendatangkan mudarat kepada plaintif. Plaintif terpaksa berkorban mencari nafkah sendiri. Sedangkan antara tujuan perkahwinan untuk berkasih sayang. Antara tanda-tanda rahmat Allah ialah menciptakan isteri-isteri kepada kaum lelaki. Perasaan kasih sayang dan belas kasihan hanya akan menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.

“Kesimpulannya, mahkamah berpuas hati dan meluluskan permohonan fasakh plaintif setelah mendapati defendan cuai kerana tidak mengadakan peruntukan nafkah,’’ katanya.

Selain itu, menurut hakim, kegagalan defendan untuk menghadiri prosiding meskipun iklan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia, menunjukkan defendan merestui perkahwinan ini dibubarkan.

“Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi (bapa Hawa, Meor Abdul Rashid Meor Abdul Rahman, 60, dan bapa mertuanya, pesara kerajaan, Datuk Abdul Malek Ahmad, 70, setelah defendan gagal hadir ke mahkamah.

“Oleh kerana defendan gagal membela dirinya, berdasarkan hukum syarak dan arahan amalan Jabatan Kehakiman Syariah, memerlukan plaintif melafazkan sumpah istizhar. Adakah plaintif sedia untuk melafazkan sumpah,’’ soal hakim kepada Hawa.

Plaintif yang nampak anggun mengenakan baju kebaya berwarna hitam, terlebih dahulu dengan tenang telah beristighfar sebanyak tiga kali.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa saya Wan Salmiah Meor Abdul Rashid menyatakan suami saya Izzat Datuk Abdul Malek telah cuai memberi nafkah kepada saya mulai 1 Januari 2004 sehingga sekarang. Sesungguhnya perbuatan defendan telah menimbulkan kesusahan dan penderitaan kepada saya dan anak. Sekiranya saya tidak bercakap benar saya akan bertanggungjawab ke atasnya (sumpah) dan sanggup menerima balasan di dunia mahupun akhirat.’’

Sejurus kemudian, Hakim Wan Mahyuddin berpuas hati untuk mensabitkan bahawa defendan memang cuai menyediakan nafkah tanpa alasan munasabah mulai 1 Januari 2004.

Ako Mustapha terkedu!!!

Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi. Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu. Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.
Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. – foto MSTAR
Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat. Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.
Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. – foto MSTAR
Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).” Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim. Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.
“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.
Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya. Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.
Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula

Kes Dr. Asri

GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.Pendakwaraya syarie dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman dan mempersoalkan tindakan tergesa-gesa permohonan memindahkan kes tersebut oleh pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.Dalam keputusan hari ini, Wan Mahyudin menegur sikap JAIS yang telebih dahulu menghebahkan kepada pihak media tentang permohonan itu sebelum didengari oleh beliau sendiri."Pihak pendakwaraya mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam mengendalikan kes ini."Mahkamah ini telah banak mendengar kes mengajar tanpa tauliah sebelum ini dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya memberi alasan menolak permohonan itu.Beliau juga mahu kes ini segera dibicarakan dan dengan permohona perpindahan kes itu akan menganggu dan mengambil tempoh yang lama.Beliau juga tidak mahu hak yang dituduh (Dr Asri) dinafikan jika dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu jika sabit kesalahan, peluang merayu yang dituduh agak terhad.Hieraki sistem kehakiman mahkamah syariah bermula daripada mahkamah rendah, tinggi dan rayuan."Saya tidak mahu perpindahan kes ini akan menyebabkan ianya menjadi 'subjudice' kepada mahkamah syariah dan 'prejudice' kepada yang tertuduh"Saya dengan ini menolak kes ini dengan lima alasan yang diberikan," katanya yang membuatkan hadirin di dalam kamar mahkamah tersebut spontan bertepuk tangan dengan reaksi gembira.Mahkamah turut menjadi gamat, apabila mendengar hujah pendakwaraya yang disifatkan begitu lemah dan tidak meyakinkan.Ruang kamar cukup sesak apabia orang ramai berpusu-pusu memenuhi tempat duduk dan ada di antaranya terpaksa berdiri. Mereka hadir untuk memberi sokongan kepada Dr Asri dan telah tiba awal di hadapan pintu kamar mahkamah seawal jam 8.30 pagi lagi.Dalam pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah dan minta dibicarakan.Beliau dilepaskan dengan ikat jamin sejumlah RM3,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.Jika sabit kesalahan, beliau dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.

Kes: Bung Moktar Radin

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan permohonan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, penangguhan itu diluluskan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.
Hakim juga memerintahkan ahli parlimen itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000.
Bung Moktar diarahkan memfailkan notis rayuan itu dalam masa 14 hari.
Pagi tadi, selain hukuman penjara sebulan, Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.
Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki Zizie juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat.
Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.
Semua tertuduh memfailkan permohonan untuk menangguhkan hukuman melalui peguam Amli Embong (kanan).
Pernikahan sindiket
Peguam itu mengemukakan permohonan penangguhan berkenaan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjarakan.
Wan Mahyuddin pada penghakimannya berkata, keputusan mahkamah hari ini dibuat dengan mengambil kira hujah mitigasi daripada peguam dan juga pendakwa.
Bagaimanapun, mahkamah bersetuju dengan pandangan supaya hukuman dibuat dengan mengambil kira kedudukan Bung Moktar dan Zizie sebagai tokoh yang dikenali masyarakat.
Tambahnya, hukuman yang dikenakan kepada wali dan saksi itu juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai peraturan perkahwinan.
Katanya, hukuman juga diberikan dengan setimpal dan seadilnya memandangkan perkahwinan itu didaftarkan secara tidak sah.
"Jika wali dan saksi tidak mengikut peraturan, boleh dianggap menjalankan pernikahan sindiket," katanya.
Tambahnya, pembelaan juga gagal membuktikan sama ada perkahwinan kedua Bung Moktar merupakan sesuatu yang patut dan perlu.
Katanya lagi, hukuman di mahkamah syariah perlu dinaikkan, memandangkan had hukuman denda maksimum sebanyak RM1,000 menyebabkab masyarakat tidak menghormati undang-undang syariah.
Hanya tersenyum
Bung Moktar yang ditemui pemberita selepas membayar jaminannya bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berkenaan kes yang diputuskan hari ini.
"Saya pun tidak tahu apa perasaan saya, macam mana saya mahu komen?," katanya sambil tersenyum.
Zizie juga
masih mampu mengukir senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang membuat liputan perjalanan kes tersebut.
Peguam Amli Embong berkata beliau akan mengemukakan notis rayuan secepat mungkin bagi hukuman penjara Bung Moktar.
"Kita masih boleh rayu dan kurangkan hukuman tersebut," katanya kepada pemberita di perkarangan mahkamah.
Katanya, hukuman tersebut boleh memberi kesan kepada status Bung Moktar sebagai wakil rakyat.
"Tapi ini hanya kesalahan matrimony. Ia masih boleh dibahaskan, sama ada hukuman seperti ini boleh terikat dengan hukuman kesalahan jenayah di mahkamah sivil," katanya.
Tambahnya lagi, isu sama ada Bung Moktar patut atau tidak patut berpoligami juga tidak timbul kerana pernikahan telahpun berlaku.
"Jadi isu patut atau tidak patut itu tidak lagi timbul," katanya, mengulas wajaran penghakiman bagi kes itu.

Utusan: Bung Moktar

KUALA LUMPUR 19 Mei - Secara tiba-tiba, suasana di dalam dewan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini bertukar menjadi senyap dan sunyi.
Semuanya berpunca daripada keputusan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Dengan keputusan itu, Bung Moktar menjadi ahli Parlimen pertama di negara ini yang dihukum penjara atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette yang duduk di sebelah Bung Moktar, kelihatan terkejut dan terus memandang ke arah suaminya sebaik mendengar keputusan itu.
Zizie atau nama penuhnya, Zizie Izette A. Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan yang sama.
Bung Moktar atau nama sebenarnya, Moktar Radin, 51, juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie untuk berpoligami tanpa kebenaran.
''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah.
''Tertuduh wanita pula seorang pelakon wanita Muslim yang menjadi idola dan ikutan.
''Sekiranya kedua-dua mereka tidak boleh mengikut undang-undang, ia menunjukkan seolah-olah undang-undang syariah boleh dipermainkan oleh mereka yang berpengaruh dan berkepentingan,'' katanya.
Hukuman pemenjaraan itu dilihat agak sukar dipercayai oleh keluarga mertua Bung Moktar termasuk ibu mertuanya, Khaty Fauziah.
Ahli Parlimen yang pernah digelar Bigfoot itu bagaimanapun berjaya dalam permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan.
Sementara rayuan didengar dan diputuskan, Bung Mokhtar diikat jamin RM1,000 beserta seorang penjamin dengan syarat notis rayuan perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari dan salinan notis itu perlu diserahkan ke mahkamah tersebut.
Pada prosiding hari ini, hakim syarie tersebut turut mendenda RM1,000 atau penjara enam bulan ke atas enam individu termasuk pelakon wanita itu kerana bersubahat dengan Bung Moktar yang berpoligami tanpa kebenaran.
Mereka ialah abang pemegang watak utama drama Aduhai Esah, Datuk Ahmad Shahazmi, 42, dan Samzy Fuzette, 34; adik mereka, Shaheizy Sam, 28; serta dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56.
Ahmad Shahazmi yang juga wali kepada Zizie dan dua adik lelakinya itu turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu serta menjadi saksi perkahwinan tersebut.
Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang atau penjara sebulan.
Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menyatakan, pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya boleh dianggap sebagai pernikahan sindiket.
''Perkahwinan merupakan satu perjanjian yang agung sebab ia memastikan keturunan atau nasab yang soleh dan solehah.
''Dan oleh sebab itu, adalah perlu pasangan menzahirkan dan memasyhurkan perkahwinan masing-masing mengikut kemampuan tanpa dirahsiakan,'' katanya.
Hakim syarie itu juga menyatakan pernikahan tersebut mungkin sah kerana ia memenuhi rukun nikah tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut undang-undang syariah Islam.
Hakim itu juga sempat menegur kesemua saksi perkahwinan tersebut.
Wan Mahyuddin menyatakan, abang dan adik lelaki Zizie serta rakan-rakan Bung Moktar sepatutnya membantu pasangan itu agar perkahwinan tersebut dapat dilangsungkan dengan betul dan mengikut hukum syarak.
Selesai prosiding, pihak media terpaksa menunggu pasangan itu hampir dua jam bagi mendapatkan reaksi mereka.
Bung Moktar bagaimanapun enggan mengulas panjang dan hanya menyatakan beliau menerima keputusan tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Zizie pula dengan ramah hanya berterima kasih kepada media yang hadir pada prosiding tersebut tanpa menjawab sebarang pertanyaan.
Peguam syarie Amli Embong yang mewakili semua tertuduh ketika ditemui pihak media turut memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan dan poligami pasangan itu dalam masa yang terdekat.

Hukuman Kes Bung Mokhtar

Khamis 20.5.2010

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur meluluskan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sebulan ke atasnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selesai.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mengumumkan keputusan itu pada pukul 12.20 tengah hari mengarahkan pihak defendan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.
Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin, 51, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu proses rayuan selesai dilaksanakan.
Terdahulu, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas Bung Moktar atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Beliau turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.
Manakala pelakon Zizie Izette A. Samad yang didakwa atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah akta sama pula dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini.
Sementara itu, bagi kesalahan bersubahat mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Zusyafarain Yusof dan Shafezan Rosli. Manakala kesemua tujuh tertuduh diwakili Peguam Syarie, Amli Embong.
Bung Moktar dan Zizie Izette serta tertuduh lain pada 20 April lalu mengaku bersalah atas 12 pertuduhan bersubahat melangsungkan majlis pernikahan di No. 12, Jalan TC 2B/3 Cemerlang Heights Taman Melati pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.
Ketika bernikah dengan pelakon tersebut, Bung Moktar masih mempunyai isteri, Datin Nor Asidah Alimudin yang dikahwininya sejak 24 Ogos 1991 di Sabah.

Hukuman Bung Dipuji

Khamis Mei 20, 2010
Hukuman Terhadap Bung Moktar Bukti Ketegasan Mahkamah
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.
Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam di negara ini.
"Peruntukan poligami di dalam Undang-Undang Keluarga Islam adalah jelas bahawa mana-mana individu lelaki Islam yang ingin berpoligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu, secara bertulis, daripada Mahkamah Syariah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan isteri, anak dan keluarga sedia ada terpelihara.
Sehubungan itu, katanya undang-undang itu tidak patut dipermainkan atau diperlekehkan oleh mana-mana individu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini yang mengenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Bung Mokhtar kerana kesalahan berpoligami dengan pelakon Zizie Izette Abdul Samad tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.
Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. - BERNAMA

Bung dipenjara sebulan

Bung Moktar Dipenjara Sebulan Kerana Berpoligami Tanpa Kebenaran

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Bung Moktar.Bung Moktar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.Wan Mahyuddin kemudiannya memerintahkan peguam Amli Embong yang mewakili Bung Moktar menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari bermula Rabu.Terdahulu, dalam penghakimannya Wan Mahyuddin berkata Bung Moktar merupakan ikon masyarakat dan kesalahan yang dilakukannya itu merupakan kesalahan yang berat yang sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal."Kes ini mendapat liputan meluas oleh media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebanaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya.Wan Mahyuddin juga menyifatkan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah merupakan satu kesalahan yang serius.Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.Selain itu, Bung Mokhtar juga didenda RM1,000 kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie Izette yang berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, dan jika gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara sebulan.Isterinya turut dikenakan denda RM1,000 kerana kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan jika gagal membayar denda, Zizie Izette boleh dipenjara sebulan.Zizie Izette juga dikenakan denda RM1,000 kerana kesalahan bersubahat poligami dengan suaminya di alamat, waktu dan tarikh yang sama dan sekiranya gagal membayar, pelakon itu boleh dipenjara enam bulan.Selain Zizie Izette, dua abang dan adiknya, Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, dan Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, serta dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, turut dikenakan denda RM1,000 kerana bersubahat dalam kes berpoligami itu, dan jika gagal membayar, kesemua mereka akan dipenjara enam bulan.Mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen yang sama yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.Ahmad Shahazmi turut didenda RM1,000 kerana pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie Izette dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40(1)(a) Enakmen yang sama.Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy masing-masing dikenakan hukuman denda RM1,000 kerana kesalahan mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie Izette dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Amli Embong.

Haleeda tarik balik kes ke atas Azman Adnan

Haleeda tarik balik notis tunjuk sebab
KUALA LUMPUR 20 Mei - Pelakon dan penyanyi, Haleeda hari ini menarik balik notis tunjuk sebab terhadap bekas suaminya yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan berhubung kelewatan membayar nafkah anak mereka.
Peguam syarie, Mahyuddin Md. Zahari yang mewakili Haleeda bagaimanapun memberi peringatan kepada Azman, 39, agar sentiasa mematuhi perintah nafkah anak seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan penarikan balik notis itu ketika kes berkenaan disebut di hadapannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.
Terdahulu, Mahyuddin menyatakan, alasan penarikan itu adalah disebabkan Azman selaku responden telah melangsaikan keseluruhan tunggakan nafkah anak berjumlah RM5,250 seperti yang dituntut oleh Haleeda selaku plaintif.
''Pihak responden hendaklah memastikan bayaran nafkah ke atas anak mereka dibayar pada setiap 1 haribulan setiap bulan, manakala segala tunggakan yang terlibat semasa kes ini berjalan juga perlu dibayar sebelum 30 Mei ini.
''Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan memaafkannya dan dia boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah mengikut Seksyen 229 Enakmen Tatacara Mal Negeri Selangor 2003,'' katanya.
Di bawah seksyen tersebut, responden boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara bagi permohonan Haleeda untuk meminda jumlah nafkah anak daripada RM350 sebulan kepada RM500, menurut Mahyuddin, anak guamnya ingin meneruskan permohonan tersebut dan beliau memohon satu tarikh sebutan.
Wan Mahyuddin menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan bagi memberi peluang kepada responden yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan untuk memfailkan pembelaan.
Azman berkahwin dengan Haleeda pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.

"Illegal" second wife lands Malaysia politician in jail

"Illegal" second wife lands Malaysia politician in jail
Wed May 19, 2010 1:29pm BST

Malaysian politician Bung Mokhtar and his second wife actress ''Zizie'' Izette Abdul Samad arrive at the Islamic court in Kuala Lumpur May 19, 2010.
Credit: Reuters/The New Straits Times Press/Yazit Razali
addImpression("12624908_Related News");
removeImpression();
addImpression("12624909_Related News (Loomia)");
Related News
Illegal second wife lands politician in jailMay 20, 2010

KUALA LUMPUR (Reuters Life!) - An Islamic court sentenced a senior Malaysian politician to a month in prison on Wednesday for taking a second wife without the permission of his first wife.
Oddly Enough
Muslims are allowed to take up to four wives in Malaysia and the multiple marriage has become more popular with a "polygamy club" being set up, although it remains a minority practise in this mainly Muslim country in Southeast Asia.
But the man must ask the permission of his current wife before taking another, and she must agree before the second marriage is considered legal.
Bung Mokhtar, 51, is deputy president of the parliamentarians' club of the National Front coalition that has ruled Malaysia for 52 years. He was also fined 1,000 ringgit (217 pounds) in addition to the jail sentence.
"The accused had bad intentions and had toyed with the marriage solemnisation process and the rules of polygamy according to shariah law," Judge Wan Mahyuddin Wan Muhammad said, according to news portal Malaysiakin.
Bung was charged along with his second wife, actress "Zizie" Izette Abdul Samad, aged 31, who was also fined.
Malaysia runs a dual legal system with secular courts running alongside shariah courts for the majority Muslim population dealing with breaches of Islamic laws.
The Islamic courts shot to prominence when a woman was sentenced to caning for drinking beer last year, although the sentence was later commuted.
Bung's lawyers have asked for a lesser sentence of just a fine, as it was his first offence.
Groups such as Sisters in Islam, a Malaysian advocacy organisation that aims to promote the rights of women, have condemned polygamy and there were protests against the practise outside the courtroom.
(Reporting by David Chance; Editing by Miral Fahmy)