PETALING JAYA 14 Jun - Pelakon Razak Ahmad didenda RM2,900 atau penjara setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan
demikian selepas mendapati pelakon tersebut gagal membuktikan keraguan
munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Wan Mahyuddin sempat
menasihati Razak supaya menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang selebriti,
perbuatannya akan menjadi ikutan masyarakat sama ada kelakuan yang baik atau
buruk.
"Kamu mempunyai latar belakang agama, selalu
melakonkan watak-watak baik di kaca televisyen, seperti imam dan qari yang
sering membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
No comments:
Post a Comment