Kosmo17 Mei 2012, PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak
membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan
terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di
sini semalam.
Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36,
dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh
peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum
kes disebut semula petang semalam.
“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan
untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa
Pendamai.
“Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri
Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti arahan
mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak
plaintif,” kata Mohd. Zaidi.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian
membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif
perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik
kes itu pada saat akhir.
Terdahulu, Ahmad Nazib memberitahu, terdapat tiga alasan
utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat
mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
pada 12 April lalu.
No comments:
Post a Comment