PETALING JAYA 19 April - Nasib pelakon Razak Ahmad yang didakwa
berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun
lalu bakal diketahui pada 14 Jun ini.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad
menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam syarie dan
pendakwa syarie hari ini.
Terdahulu, peguam syarie, Hazirah Othman memaklumkan, dia berhujah
bagi pihak peguam syarie yang mewakili Razak, Mohammad Azman Karim pada
prosiding hujahan balas hari ini berikutan Mohammad Azman tidak dapat hadir ke
mahkamah kerana kurang sihat.
Pendakwaan pula dikendalikan oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli.
Ketika didakwa pada 14 September 2006, Razak, 45, mengaku tidak
bersalah atas tuduhan berada bersama Selamah Sahudin, 45, dalam keadaan yang
menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan
di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.
Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding
itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan
Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang
membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau
kedua-duanya.
Selepas perbicaraan dijalankan, Razak diperintahkan membela diri
pada 30 Jun tahun lalu.
No comments:
Post a Comment