Sinar
Harian 17 Mei 2012, PETALING JAYA -
Mahkamah Rendah Syariah hari ini membenarkan permohonan pemain bola sepak
kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik hasrat untuk bercerai
dengan isterinya, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim
Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar
permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang
difailkannya pada 12 April lalu.
Beliau
juga mengarahkan Mohamad Aidil Zafuan membayar kos kepada Rita, 36, sebanyak
RM250.
"Kamu
(Mohamad Aidil Zafuan) perlu membayar kerugian kepada Rita kerana menarik balik
kes ini pada saat akhir iaitu sehari sebelum sebutan kes ditetapkan (15
Mei)," katanya.
Mohamad
Aidil Zafuan, 25, yang diwakili peguam Ahmad Nazib Johari mengemukakan tiga
alasan berhubung penarikan balik permohonan bercerai mengikut Seksyen 47
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Menurut
Ahmad Nazib, permohonan anak guamnya tidak diteruskan kerana Rita tidak
bersetuju pada untuk bercerai pada prosiding 30 April lalu.
"Justeru,
anak guam saya berhasrat untuk berbaik semula dan mengarahkan isterinya kembali
taat dan tinggal di rumah yang disediakannya.
"Anak
guam saya juga risau jika diwujudkan jawatankuasa pendamai akan ada campur
tangan daripada pihak ketiga. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
Ahmad
Nazib berkata, pihaknya membantah permohonan kos yang diminta Rita kerana ia
bukan dari kesilapan anak guamnya sebaliknya Rita tidak bersetuju untuk
bercerai.
Bagaimanapun,
Rita yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu mahkamah
pihaknya hanya dimaklumkan mengenai penarikan balik itu beberapa jam sebelum
prosiding bermula.
Mohd
Zaidi berkata tuntutan itu dibuat kerana ia membabitkan masa dan perjalanan
beliau, anak guamnya serta kos penerbangan bapa tiri Rita, Johari Jonid, 62.
"Saya
dan Rita agak terkesima apabila Mohamad Aidil Zafuan ingin menarik
permohonannya itu. Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah untuk
melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa
Pendamai.
"Kami
sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita yang datang dari Kangar, Perlis
sebagai menurut arahan mahkamah. Oleh itu, kos perjalanan itu harus dibayar
pihak Mohamad Aidil Zafuan," katanya.
Rita yang
memakai jubah hitam dan bertudung merah jambu kelihatan tidak bertegur sapa
dengan Mohamad Aidil Zafuan, sebaliknya masing-masing pulang bersama ahli
keluarga yang hadir di mahkamah.
Mohamad
Aidil Zafuan ketika ditemui berharap agar hubungannya dan Rita kembali pulih
demi dua anak mereka.
Sementara
itu, Ahmad Nazib berkata, permohonan kembali taat terhadap Rita telah difailkan
semalam dan notis itu sudah diserahkan kepada peguam yang mewakili Rita.
"Rita
akan memfailkan jawapan pembelaan mereka pada tarikh sebutan ditetapkan iaitu
pada 18 Jun ini," katanya.
Mengenai
kos pembayaran RM250 yang diperintahkan mahkamah semalam, Ahmad Nazib bercadang
mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan itu.
Pasangan
itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan
dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.
Perkahwinan
mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Mohamad Aidil Zafuan.
No comments:
Post a Comment