Harian Metro 17 Mei 2012, PETALING
JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan
anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia
yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan
bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim
Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun
memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36,
kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum
sebutan kes.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.
“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.
Casino - Mapyro
ReplyDeleteDiscover and 김포 출장샵 compare the 구미 출장마사지 casino and other popular 서산 출장샵 places to stay 의왕 출장샵 near Casino Hollywood on Mapyro. Explore reviews, 양주 출장안마 photos & videos and find the perfect spot for